Polisi Privasi Mary Kay

Di Mary Kay, kami memahami kepentingan privasi. Matlamat kami yang paling penting adalah untuk melindungi, mengumpul dan menggunakan data peribadi yang diberikan kepada kami dengan semangat kami yang paling pentingkan - the 'Golden Rule'. Pilihan anda berhubung dengan data peribadi anda adalah penting dan kami hanya akan menggunakan dan menyenggarakan maklumat tersebut dengan cara yang anda benarkan. Oleh yang demikian, kami tidak memperdagangkan, menjual atau menyewa data peribadi yang anda amanahkan kepada kami. Pernyataan Privasi Global ini memperihalkan bagaimana kami berusaha untuk mengekalkan kepercayaan itu.

Kami berusaha untuk menjadi global dan kami sentiasa konsisten dalam cara-cara kami melaksanakan privasi. Polisi-polisi privasi kami direkabentuk untuk mematuhi undang-undang dalam setiap negara di mana kami menjalankan perniagaan dan ia berkenaan kepada:

  1. Semua individu yang memberikan data peribadi, seperti Konsultan Kecantikan Bebas, pengguna, pelanggan, perkara penyelidikan, rakan kongsi perniagaan, pemegang saham, pemohon kerja, pekerja, pesara, dan yang lain-lain;
  2. Setiap negara yang kami beroperasi, walaupun regulasi-regulasi tempatan tidak wujud;
  3. Semua cara perhubungan seperti Internet, surat-menyurat terus, telefon dan telefon bimbit, dan teknologi serta cara yang akan datang yang mungkin diuji.

Mary Kay menguruskan privasi melalui Kumpulan Privasi Global kami, yang mewakili semua rantau geografik yang mana kami menjalankan perniagaan dan proses perniagaan di mana data peribadi dikumpul - contohnya daripada Konsultan Kecantikan Bebas, promosi-promosi pengguna, dan program-program pekerja. Mary Kay ingin mempromosi dan menggunakan amalan-amalan perindustrian terbaik untuk memastikan kebimbangan-kebimbangan tentang privasi ditangani dan data peribadi dilindungi.

Amalan-amalan privasi kami adalah konsisten dengan:

  • Arahan Pelindungan Data Persatuan Eropah (EU Data Protection Directive) melalui "U.S. Department of Commerce Safe Harbor Program".
  • Amalan-amalan maklumat wajar yang diwujudkan oleh "Organization for Economic CO-operation and Development (OECD)"
  • Rangka Kerja Privasi "Asia Pacific Economic Cooperation forum (APEC)".
  • Undang-undang perlindungan data negara dan negeri yang berkenaan.
  • Sesetengah negara memerlukan maklumat khusus kepada negara tersebut dalam sesuatu pernyataan privasi. Sila klik sini untuk membaca maklumat yang berkenaan untuk negara-negara tersebut.

Kami percaya bahawa privasi tidak semudah mematuhi undang-undang privasi negara sahaja. Ia jugaberkenaan dengan pembuatan yang betul untuk berjuta-juta orang yang kehidupan mereka berkiat dengan kami setiap hari melalui penggunaan data peribadi mereka. Polisi-polisi privasi kami direkabentuk untuk memperagakan prinsip-prinsip privasi, atau amalan-amalan maklumat wajar yang telah diterima di peringkat antarabangsa, seperti yang telah diwujudkan oleh Arahan Pelindungan Data Persatuan Eropah (EU) dan Prinsip-prinsip Privasi U.S.-EU Safe Harbor sepertimana yang dibentangkan oleh Jabatan Perdagangan U.S.

Mary Kay telah memperakui bahawa ianya mematuhi Prinsip-prinsip Privasi Safe Harbor berkenaan dengan notis, pilihan, pemindahan seterusnya, keselamatan, integriti data, akses dan penguatkuasaan. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut tentang program Safe Harbor, dan untuk melihat laman perakuan kami, sila layari http://www.export.gov/safeharbor/. Prinsip-prinsip dan cara Mary Kay berusaha untuk memakainya adalah:

Kenapa Kami Mengumpul Maklumat

Mary Kay mengumpul dan menggunakan data peribadi untuk memberikan peluang perniagaan yang luar biasa, produk-produk yang hebat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas serta pelanggan-pelanggan mereka, pengguna-penguna produk dan perkhidmatan kami, pekerja-pekerja, dan yang lain-lain yang mungkin pernah berhubung dengan Mary Kay. Kami mengehadkan pengumpulan data peribadi setakat mana yang kami perlu untuk mencapai matlamat kami dalam memberikan kualiti, nilai dan peluang-peluang yang unggul. Contohnya, kami menggunakan alamat emel untuk menghantar kepada Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, pengguna-pengguna, pekerja-pekerja atau pemohon-pemohon kerja maklumat yang diminta. Maklum balas daripada Konsultan Kecantikan Bebas, pengguna dan pekerja berkenaan dengan produk dan perkhidmatan digunakan untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan tersebut.

Notis

Kami memberitahu individu-individu apa maklumat yang dikumpul, bagaimana ianya digunakan, sama ada ianya mungkin dipindahkan secara sementara kepada orang-orang lain untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang diminta dan bagaimana untuk menghubungi Pasukan Privasi Mary Kay untuk sebarang pertanyaan. Kami menyediakan suatu link kepada Polisi-Polisi Privasi kami di laman-laman web kami, dan menyediakan notis-notis privasi tambahan untuk pengguna-pengguna yang mungkin memerlukan maklumat tambahan tentang bidang-bidang yang berlainan pada laman web kami jika bersesuaian.

Pilihan

Kami menawarkan kepada individu-individu yang memberikan kami maklumat pilihan berkenaan dengan menerima komunikasi selanjutnya daripada kami. Emel dan risalah-risalah berita kami dihantar hanya kepada mereka-mereka yang telah meminta daripada kami atau apabila diminta oleh Konsultan Kecantikan Bebas. Komunikasi kami memberitahu anda cara untuk tidak melanggan atau "opt-out" daripada menerima komunikasi-komunikasi di masa hadapan. Kami mungkin bertanya kepada individu-individu jika mereka ingin menyertai soal selidik pasaran, dan kemudiannya menghubungi mereka jika mereka memberi kebenaran kepada kami.

Teknologi

Mary Kay menggunakan teknologi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada Konsultan Kecantikan Bebas, pengguna, pekerja dan yang lain-lain orang. Kami memberitahu individu-individu apabila kami menggunakan teknologi-teknologi yang berkaitan dengan privasi. Kami tidak menggunakan "cookies" internet untuk mengumpul atau menyimpan data peribadi melainkan kami telah menerima kebenaran anda atau memberikan kepada anda notis, bergantung kepada negara di mana anda bermastautin.

Akses

Mary Kay mengambil langkah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami gunakan adalah tepat. Kami memberikan kepada individu-individu akses yang berpatutan kepada data peribadi yang telah mereka berikan kepada kami supaya mereka boleh menyemak semula dan membetulkan maklumat tersebut, atau meminta supaya kami berhenti menggunakannya.

Keselamatan

Mary Kay melindungi data peribadi di bawah kawalan syarikat melalui amalan-amalan dan langkah-langkah keselamatan piawai perindustrian demi mencegah kehilangan, penyalahgunaan, akses yang tidak dibenarkan, pendedahan atau perubahan maklumat. Kami mengehadkan akses kepada data peribadi kepada mereka-mereka yang mempunyai keperluan perniagaan untuk maklumat tersebut. Kami tidak menyimpan data peribadi lebih lama dari tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan perniagaan maklumat tersebut dikumpul melainkan jika kontrak, undang-undang atau alasan-alasan regulasi menghendaki data peribadi tersebut dikekalkan untuk tempoh-tempoh masa yang tertentu.

Pemindahan Data

Kami mungkin memindahkan data peribadi kepada pangkalan-pangkalan data Mary Kay di negara-negara selain daripada mana ianya diberikan. Program Privasi Global kami mempunyai tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi untuk data peribadi di seluruh dunia dan terdapatnya prosedur dan kontrak yang telah ditetapkan untuk memastikan perkara ini. Data mungkin dipindahkan untuk sementara waktu kepada seseorang penjual atau rakan kongsi perniagaan untuk memberikan perkhidmatan untuk Mary Kay dan/atau Konsultan Kecantikan Bebas. Penjual-penjual dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini dikehendaki melindungi dan menguruskan data peribadi dengan tahap piawai yang setinggi Mary Kay. Mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan lain selain daripada untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh anda, Mary Kay atau Konsultan Kecantikan Bebas anda.

Kanak-Kanak

Mary Kay tidak berniat mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, atau umur lain sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang khusus sesuatu negara. Kami meminta pengesahan umur dalam laman-laman web kami sebelum mengumpul data peribadi untuk memastikan kami tidak mengumpul maklumat daripada kanak-kanak.

Kebertanggungjawapan

Mary Kay harap pekerja-pekerja dan rakan-rakan kongsi kami boleh mengekalkan kepercayaan yang diamanahkan oleh mereka yang memberikan kami data peribadi. Kami memberikan latihan privasi kepada pekerja-pekerja dan menekankan kepentingan privasi dalam program tindakan perniagaan Mary Kay di seluruh dunia. Mereka yang menguruskan data peribadi dikehendaki membuat penilaian-penilaian diri berkenaan dengan privasi untuk menjamin keselamataan data peribadi. Kami mengaudit pematuhan privasi secara berkala.

Polisi-polisi privasi dan amalan-amalan perlindungan data Mary Kay dilanjutkan melalui kontrak kepada perhubungan pembekal dan rakan kongsi kami. Kami menyokong pengaturan perindustrian sendiri sebagai cara yang fleksibel untuk berjalan seiring dengan isu-isu privasi yang akan timbul.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menyemak semula Polisi Privasi Pengguna Mary Kay klik sini.

Bagi Konsultan Kecantikan Bebas yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi, sila klik sini.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berkenaan dengan privasi kami, sila hubungi kami secara terus. Klik sini untuk memilih negara anda dan untuk disambungkan kepada alamat atau alamat emel yang betul untuk digunakan dalam lokasi khusus anda, atau gunakan alamat pos di bawah ini. Anda bebas untuk menggunakan bahasa ibunda anda apabila menghantar soalan-soalan atau komen-komen anda.

Sebaliknya, anda boleh menghubungi kami di alamat ini:

Pasukan Privasi Global Mary Kay
16251 Dallas Parkway
Addison, TX 75001 U.S.A.
privacy.global@mkcorp.com
1-800-453-1140

Kami berkomited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperolehi penyelesaian yang adil berkenaan dengan apa-apa aduan atau kebimbangan tentang privasi. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa pelindung data negara jika mereka percaya bahawa masalah privasi telah berlaku.

Kami menyertai Program Perniagaan Bertauliah Badan Biro Perniagaan Lebih Baik U.S. (BBB). Maklumat lanjut tentang program ini dan proses penyelesaian pertikaiannya tersedia ada di http://www.bbb.org/.

Aduan-aduan Privasi oleh Warganegara Persatuan Eropah

Demi mematuhi Prinsip-prinsip Safe Harbor, Mary Kay berkomited untuk menyelesaikan aduan-aduan tentang privasi anda dan maklumat yang dikumpulkan oleh kami atau penggunaan data peribadi anda. Warganegara-warganegara Persatuan Eropah yang mempunyai soalan atau aduan berhubung dengan polisi privasi ini patut menghubungi Mary Kay terlebih dahulu sepertimana yang disenaraikan di atas.

Mary Kay juga berkomited untuk merujukkan aduan-aduan privasi yang tidak diselesaikan di bawah Prinsip-prinsip Safe Harbor kepada mekanisme penyelesaian pertikaian bebas, BBB EU Safe Harbor, yang dioperasikan oleh badan Biro Perniagaan Lebih Baik. Jika anda tidak menerima perakuan kena pada masanya tentang aduan anda, atau jika anda tidak puas dengan pengendalian aduan anda oleh Mary Kay, sila layari laman web BBB EU Safe Harbor di http://www.bbb.org/us/safe-harbor-complaints untuk maklumat lanjut dan untuk memfailkan aduan.

Pemberitahuan Pertukaran Polisi

Mary Kay akan memaklumkan anda tentang pertukaran kandungan yang ketara kepada Pernyataan Privasi Global kami dengan merangkakan dan memasukkan perubahan tersebut berserta dengan versi barunya di Laman Web ini. Sila lihat perubahan berikut:

Kemaskini terakhir: Julai 2012

Pernyataan Privasi "Online" telah dibuat pada 2004

Kemaskini 2006

Mengemaskini maklumat tentang keselamatan maklumat dan privasi dalam talian.

Kemaskini 2012

Kemaskini-kemaskini 2012 direkabentuk untuk menggabungkan usaha-usaha pematuhan privasi dalam semua pasaran Mary Kay di seluruh dunia, dan untuk memberikan kepada pengguna-pengguna, Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, pekerja-pekerja dan lain-lain yang mungkin menggunjungin laman-laman web kami yang merupkan lokasi sentral dari mana mereka boleh mendapat maklumat tentang polisi-polisi kami dan hak-hak mereka berhubung dengan data peribadi. Perubahan-perubahan ini juga bertujuan untuk membuat polisi-polisi tersebut lebih mesra pengguna dan untuk merangkumi kemaskini-kemaskini bagi mematuhi perubahan-perubahan undang-undang dalam kebanyakan negara yang Mary Kay mempunyai operasi-operasinya. Perubahan-perubahan berhubung dengan negara yang khusus boleh didapati dengan klik di sini untuk mencari negara anda.

Polisi Privasi Pengguna Mary Kay

Skop

Polisi Privasi ini menjelaskan maklumat yang dikumpul oleh Mary Kay (M) Sdn Bhd tentang anda. Ia membutirkan bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut dan pilihan-pilihan yang anda boleh buat tentang cara maklumat tersebut digunakan. Maklumat yang dirangkumi dalam Polisi ini dan dalam Pernyataan Privasi Global Mary Kay termasuk maklumat tentang anda yang dikumpul dalam laman-laman web kami dan melalui proram dan perkhidmatan istimewa yang ditawarkan oleh Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay atau pihak-pihak ketiga sepertimana yang dijelaskan di sini.

Bagi Konsultan Kecantikan Bebas yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang privasi kerana ia secara khususnya berkaitan dengan anda, sila klik sini.

Kami berkomited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperolehi penyelesaian yang wajar dalam apa-apa aduan atau kebimbangan anda tentang privasi. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa pelindung data negara jika mereka percaya bahawa suatu masalah privasi telah berlaku.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan berkenaan dengan privasi anda, sila hubungi kami terus.

Penyelaras Privasi Mary Kay (M) Sdn Bhd
T1-8-1, 8th Floor, Jaya 33
No.3, Jalan Semangat,
Seksyen 13,
46100 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
E-mail: Customer.ServiceMalaysia@mkcorp.com
Tel: +603-7711 7500

Atau anda boleh menghubungi Pasukan Privasi Global Mary Kay

Pasukan Privasi Global Mary Kay
privacy.global@mkcorp.com
1-800-453-1140

Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mungkinmengumpul maklumat tentang anda daripada pelbagai sumber. Ini termasuk maklumat yang kami kumpul daripada anda secara terus; maklumat yang diberikan kepada kami melalui atau bagi pihak anda oleh Konsultan Kecantikan Bebas anda bagi tujuan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk anda; maklumat yang kami kumpul tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami atau melihat iklan-iklan dalam Mary Kay® secara "online"; dan maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada sumber-sumber lain (yang dibenarkan oleh undang-undang).

Maklumat yang kumpulkam terus daripada anda:

Kami mengumpul maklumat secara terus daripada anda apabila anda memilih untuk menyertai tawaran-tawaran dan program-program kami atau anda sebaliknya memberikan maklumat secara terus kepada kami. Berikut adalah contoh-contoh maklumat yang kami boleh kumpulkam terus daripada anda:

  • Nama, alamat emel, alamat pos
  • Nama pengguna dan kata laluan
  • Nombor telefon atau telefon bimbit
  • Umur
  • Tarikh lahir
  • Nama Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Maklumat lain tentang anda dan keluarga anda seperti jantina atau pilihan dan/atau tabiat penggunaan produk
  • Maklumat demografik
  • Pilihan komunikasi masa hadapan
  • Maklumat perhubungan kawan-kawan yang anda mungkin ingin kami, atau Konsultan Kecantikan Bebas anda untuk menghubungi. Apabila anda memberikan kami maklumat untuk pesanan rujuk kawan ini, kami akan menggunakan maklumat tersebut hanya untuk menghantar pesanan yang minta.

Maklumat yang kami kumpul apabila anda melayari laman-laman web kami, menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau melihat iklan-iklan kami secara "online":

Kami menggunakan "cookies" dan teknologi yang lain untuk mengumpul maklumat tentang anda apabila anda melayari laman-laman web kami, menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau melihat iklan-iklan dalam kami secara "online". Berikut adalah contoh-contoh maklumat yang kami boleh kumpulkan menggunakan teknologi-teknologi tersebut:

  • Jenis pelayar dan sistem operasi anda
  • Laman-laman web yang anda layari
  • Link yang anda klik
  • Alamat IP
  • Laman web yang anda layari sebelum sampai ke laman web kami
  • Emel-emel Mary Kay yang anda buka dan/atau ajukan
  • Tawaran-tawaran Mary Kay atau link-link yang anda klik melalui emel
  • Maklumat tentang kunjungan-kunjungan anda ke Laman Web Peribadi Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Pilihan-pilihan produk untuk memudahkan penggunaan semasa melayari web

Cara Kami Menggunakan Maklumat Ini

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memberi tawaran-tawaran, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan. Maklumat ini membantu kami menghubungkan anda dengan Konsultan Kecantikan Bebas daripada siapa anda boleh membeli produk-produk, memberitahu anda tentang peluang-peluang yang menarik untuk menjadi seorang Konsultan Kecantikan Bebas Mary Kay, dan untuk menguruskan laman web dan perkhidmatan kami, termasuk perkhidmatan untuk Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas.

Berikut adalah cara-cara khusus yang kami boleh menggunakan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda:

  • Hantar sampel, premium-premium, produk-produk dan maklumat apabila diminta
  • Membuat dan menambahbaik produk baru dan perkhidmatan
  • Mendaftar anda dalam pertandingan-pertandingan, program-program, atau tawaran-tawaran atas permintaan anda atau Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Berhubungan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan kepada Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Membuat dan menguruskan akaun anda dan/atau akaun Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Memproses pembayaran untuk pembelian-pembelian atau perkhidmatan-perkhidmatan yang lain untuk atau bagi pihak Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Melindungi atau mengenalpasti kemungkinan transaksi-transaksi penipuan
  • Di mana dibenarkan oleh undang-undang, memberi anda tawaran-tawaran dan informasi mengikuti pesanan dan tanpa diminta tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay melalui surat melalui pos, termasuk berhubung dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada Konsultan Kecantikan Bebas anda
  • Membuat dan memperuntukkan pengiklanan mengikut minat anda
  • Menganalisis penggunaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan laman-laman web kami
  • Memahami cara anda tiba di laman web kami dan cara anda menggunakan laman web tersebut supaya kami boleh memperbaikkannya untuk anda
  • Menentukan keberkesanan pengiklanan kami
  • Menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat kami dan sebaliknya menguruskan perniagaan kami

Tempoh, Kawasan, Pengguna dan Cara Penggunaan

Kami akan menggunakan maklumat anda selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan perniagaan khusus maklumat tersebut dikumpulkan atau selama tempoh yang diperlukan oleh undang-undang atau kontrak, dan maklumat tersebut akan digunakan di Malaysia/Singapura dan juga lain-lain negara dan tempat. Pengguna-pengguna maklumat peribadi anda termasuk kami, pemberi perkhidmatan kami, Konsultan Kecantikan Bebas anda, dan anggota-anggota gabungan Mary Kay. Kami akan menggunakan peralatan berotomasi dan peralatan bukan berotomasi untuk mengumpul, memproses, menggunakan dan menghantar maklumat peribadi anda antarabangsa.

Pilihan Anda & Akses Terhadap Maklumat Anda

Pilihan

Kami member anda pilihan tentang cara kami berkomunikasi dengan anda.

Komunikasi Secara Digital dan Elektronik

Kami hanya akan menghantar anda pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau emel jika anda meminta untuk menerimanya daripada kami atau jika Konsultan Kecantikan Bebas anda meminta kami menghantarnya kepada anda.

Anda boleh berhenti menerima pesanan-pesanan promosi melalui telefon bimbit atau emel daripada Mary Kay pada bila-bila masa. Ikuti arahan-arahan pilih keluar atau menghentikan langganan yang diberikan dalam mana-mana pesanan yang diterima atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan untuk maklumat lanjut tentang cara untuk memaklumkan kami tentang bahan-bahan mana yang anda tidak ingin lagi terima.

Jika anda memberikan maklmuat kepada Konsultan Kecantikan Bebas, sila maklumkan Konsultan Kecantikan Bebas anda tentang pilihan anda untuk menerima atau tidak menerima komunikasi daripadanya yang tidak diproses melalui laman web atau sistem Mary Kay.

SILA AMBIL PERHATIAN: Jika anda memilih untuk berhenti menerima pesanan-pesanan promosi daripada kami, kami akan menghormati permintaan anda. Walaubagaimanapun kami akan terus menghantar kepada anda komunikasi-komunikasi berkaitan dengan perkhidmatan sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami mungkin perlu menyimpan maklumat tertentu yang telah kami kumpulkan untuk simpanan rekod, analisis atau sebab-sebab lain, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Akses

Kami mengambil langkah untuk menjaga maklumat peribadi anda supaya ianya tepat. Anda boleh meminta mendapatkan sesalinan, melihat, membetulkan atau mengemaskinikan maklumat hubungan peribadi anda yang anda berikan kepada Mary Kay. Sesetengah program-program Mary Kay memberikan akses untuk melihat atau mengemaskinikan maklumat peribadi secara "online". Sila periksa di mana anda telah mendaftar untuk mengetahui jika anda boleh melihat atau mengemaskinikan maklumat anda di sana. Jika anda memberikan maklmuat anda kepada Konsultan Kecantikan Bebas, sila hubunginya secara terus untuk mengemaskinikan maklumat peribadi anda dengannya. Anda juga boleh meminta supaya kami berhenti mengumpul, memproses atau menggunakan maklumat peribadi anda atau memadamkannya, tetapi kami boleh menolak permintaan anda jika maklumat tersebut diperlukan untuk menjalankan perniagaan kami atau untuk mematuhi undang-undang.

Anda boleh memilih untuk tidak memberi maklumat peribadi anda; tetapi jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami kumpul, kami mungkin tidak boleh memberikan atau menghubungkan anda dengan Konsultan Kecantikan Bebas yang boleh memberikan anda produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan.

"Cookies", "Web Beacons" dan lain-lain Teknologi

Cara kami menggunakan "Cookie"s, "Web Beacons" dan lain-lain Teknologi

Kami menggunakan teknologi-teknologi ini untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang lebih baik dan lebih bersifat peribadi. Kami tidak menyimpan maklumat peribadi anda dalam "cookies", "web beacons" atau teknologi-teknologi lain dalam komputer anda tanpa pengetahuan dan kebenaran anda. Lihat di bawah untuk butir-butiran lanjut.

"Cookies"

"Cookie" adalah suatu fail kecil yang diletakkan pada komputer anda oleh laman web yang menggunakan "cookie" untuk menyimpan maklumat tetntang penggunaan anda dalam laman web tersebut. Kami menggunakan "cookies" untuk memantau bagaimana laman-laman web kami digunakan dan untuk membantu memperibadikan pengalaman "online" anda. Contohnya, apabila anda mendaftar di laman-laman web kami, kami boleh menyimpan suatu kod yang unik dalam "cookie" pada komputer anda. Lain kali bila anda kembali ke laman web tersebut dari komputer tersebut, pelayan komputer kami menggunakan "cookie" untuk mengenali anda. Kami kemudiannya boleh menggunakan maklumat yang anda berikan apabila anda mendaftar digabungkan dengan aktiviti-aktiviti anda di laman-laman web kami untuk memberikan anda suatu pengalaman laman web yang lebih baik.

Anda boleh menerima atau menolak "cookies". Kebanyakan pelayar-palayar menerima "cookies" secara automatik. Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang "cookies", termasuk bagaimana untuk menolak "cookies" pada komputer anda, klik link-link ini:

"Web Beacons"

"Web beacons" adalah serpihan-serpihan kod yang ditanam dalam laman-laman web atau emel. Kami boleh menggunakan "web beacons" untuk menghantar atau berkomunikasi dengan "cookies", untuk mengira pengguna-pengguna yang telah melayari sesuatu laman web, dan untuk memahami corak-corak penggunaan. Kami juga boleh memasukkan "web beacons" dalam emel-emel untuk mengetahui jika pesanan-pesanan telah pun dibuka, diambil tindakan, atau diajukan.

Anda boleh mematikan keupayaan "web beacons" untuk menangkap maklumat dalam cara ini dengan menolak “cookies” sepertimana yang dijelaskan di atas.

Lain-lain Teknologi

Contoh lain-lain teknologi yang kami boleh gunakan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, ikuti:

  • "Web Session Variables": Maklumat yang dipindahkan dari satu web URL kepada yang satu lagi ketika anda melayar.
  • Pelayar "plug-ins"/tambahan: Komponen web tambahan yang mungkin perlu dipasang bagi membolehkan ciri-ciri web yang tertentu pada laman-laman web kami. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memasang komponen-komponen ini.

Pengiklanan Pihak Ketiga

Kami mungkin membenarkan pihak-pihak ketiga, termasuk rakan-rakan kongsi perniagaan untuk memaparkan iklan-iklan di laman-laman web kami. Sesetengah syarikat ini mungkin meletakkan "cookie" pada komputer anda untuk mengenali komputer anda setiap kali mereka menghantar iklan "online" kepada anda. Ini membolehkan mereka memahami di mana anda, atau orang-orang lain yang menggunakan komputer anda, melihat iklan mereka dan menghantar iklan-iklan yang mereka percaya anda mungkin akan minati. Kami tidak mengawal penggunaan "cookies" oleh syarikat-syarikat ini.

Perkongsian Maklumat

Kejayaan perniagaan kami bergantung kepada kepercayaan anda, dan kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pemasar-pemasar di luar Mary Kay melainkan kami telah meminta dan mendapatkan kebenaran daripada anda. Kami berkongsi maklumat peribadi anda hanya sepertimana yang diperihalkan di bawah ini dan dalam Mary Kay.

Pemberi-pemberi Perkhidmatan Pihak Ketiga

Kami bergantung kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan bagi pihak kami dan mungkin perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan mereka. Sila ambil perhatian bahawa kami memberikan kepada pemberi-pemberi perkhidmatan kami hanya maklumat peribadi yang mereka perlu untuk melaksanakan perkhidmatan mereka dan kami mensyaratkan supaya mereka melindungi maklumat ini dan tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan yang lain.

Contohnya, kami mungkin bergantung kepada pemberi perkhidmatan untuk:

  • Memenuhi permintaan-permintaan produk dan perkhidmatan anda dan menjawab soalan-saoalan anda.
  • Menjadi hos kepada laman-laman web kami dan menghantar emel serta pesanan-pesanan telefon bimbit kami.
  • Menghantar sampel-sampel produk, menghubungi pemenang-pemenang pertandingan, menguruskan pembayaran atau mengambil tindakan lain bagi pihak kami.
  • Menganalisa data, kadang-kadang disatukan dengan sumber-sumber lain, untuk menghantar komunikasi-komunikasi yang lebih lagi disasarkan kepada anda.
  • Menjalankan penyelidikan dan menganalisa data untuk menambahbaik produk, perkhidmatan dan laman-laman web kami.

Kami memberikan kepada syarikat-syarikat ini maklumat peribadi yang mereka perlukan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan ini bagi pihak kami. Kami mensyaratkan syarikat-syarikat ini untuk melindungi maklumat peribadi ini dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.

Lain-lain keadaan kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda:

  • Jika dibenarkan oleh undang-undang, untuk melindungi dan mempertahankan hak dan harta Mary Kay (termasuk menguatkuasakan Terma-Terma dan Syarat-Syarat serta Perjanjian-Perjanjian kami).
  • Dan apabila diperlukan oleh undang-undang, dan/atau pihak-pihak berkuasa awam.

Maklumat yang dikumpul dan bukan peribadi

Kami mungkin berkongsi maklumat yang dikumpulkan yang tidak mengenalpasti anda untuk analisa perniagaan secara am. Contohnya, kami mungkin mendedahkan bilangan pelawat yang melayari laman-laman web atau perkhidmatan-perkhidmatan Mary Kay.

Keselamatan Maklumat

Kami berkomited untuk menjaga maklumat peribadi supaya selamat. Kami telah menempatkan prosedur teknikal, pentadbiran dan fizikal yang wajar untuk melindungi maklumat peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan.

Kami menghadkan akses terhadap maklumat peribadi kepada mereka-mereka yang mempunyai keperluan perniagaan. Kami menyimpan maklumat peribadi hanya untuk tempoh masa berpatutan yang diperlukan sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Apabila kami memberikan maklumat peribadi anda kepada pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga kami mensyaratkan syarikat-syarikat it untuk melindungi maklumat tersebut dan untuk tidak menggunakan maklumat tersebut untuk apa-apa tujuan lain.

Apabila kami mengumpul atau menghantar maklumat sensitif seperti nombor kad kredit, kami menggunakan kaedah-kaedah piawai untuk melindungi maklumat itu.

Pemindahan Maklumat

Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, diproses, atau digunakan dalam sesebuah negara selain dari Malaysia. Ini mungkin termasuk Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan tempat. Apabila kami berbuat demikian, kami memindahkan maklumat tersebut mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

Kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi. Tidak kira di mana maklumat ini disimpan atau dipindahkan, kami mempunyai prosedur-prosedur dan kawalan-kawalan yang wajar untuk menolong memastikan maklumat peribadi anda dilindungi.

Kami mematuhi undang-undang privasi data negara termasuk Arahan Privasi Data EU (EU Data Privacy Directive), dan juga US Department of Commerce Safe Harbor Program.

Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi kepada pangkalan-pangkalan data Mary Kay di negara-negara selain daripada mana ianya diberikan. Program Privasi Global kami mengkehendaki tahap keselamatan dan perlindungan yang sama tinggi untuk maklumat peribadi di seluruh dunia dengan prosedur dan kontrak yang ditetapkan untuk menolong memastikan perkara ini. Data mungkin dipindahkan untuk sementara kepada sesuatu penjual atau rakan kongsi perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Mary Kay seperti komunikasi emel yang disasarkan, menghantar maklumat atau sampel-sampel. Penjual-penjual dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini dikehendaki melindungi dan menguruskan maklumat peribadi pada tahap piawaian setinggi Mary Kay dan mereka tidak boleh menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan lain selain dari untuk memberikan perkhidmatan yang diminta oleh Mary Kay.

Privasi "Online" Kanak-Kanak

Kami percaya bahawa adalah penting untuk memberikan perlindungan tambahan untuk kanak-kanak secara "online". Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk meluangkan masa "online" bersama dengan anak-anak mereka untuk menyertai dan memantau aktiviti mereka "online".

Mary Kay tidak berniat mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun, atau umur lain yang sedemikian sepertmana yang ditetapkan oleh undang-undang khusus sesuatu negara. Kami meminta pengesahan umur dalam laman-laman web kami sebelum mengumpul maklumat peribadi untuk memastikan kami tidak memungut maklumat daripada kanak-kanak.

Perubahan kepada Polisi Privasi ini

Kami akan memaparkan perubahan-perubahan kepada Polisi Privasi ini dan mengemaskinikan tarikh berkuatkuasa Polisi atau Pernyataan Privasi Global ini dikemaskinikan. Jika kami membuat apa-apa perubahan yang material kami akan memberitahu anda dengan menghantar suatu emel kepada alamat emel terkini yang anda berikan kepada kami atau dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut pada laman web ini.

Terakhir dikemaskini: 2013

Kemaskini 2013

Kemaskini-kemaskini 2012 direkabentuk untuk menghubungkan usaha-usaha pematuhan privasi dalam semua pasaran Mary Kay di seluruh dunia, dan untuk memberikan kepada pengguna-pengguna, Konsultan-Konsultan Kecantikan Bebas, pekerja-pekerja dan lain-lain orang yang mungkin melawat laman-laman web kami yang mempunyai lokasi sentral dari mana mereka boleh mendapat maklumat tentang polisi-polisi kami dan hak-hak mereka berhubungan maklumat peribadi. Perubahan-perubahan ini juga bertujuan untuk membuat polisi-polisi tersebut lebih mesra pengguna dan adalah termasuk kemaskini-kemaskini sebagai mematuhi perubahan-perubahan kepada undang-undang dalam kebanyakan negara-negara yang mana Mary Kay mempunyai operasi-operasinya. Perubahan-perubahan berhubung dengan negara yang khusus untuk lokasi-lokasi Mary Kay yang lain boleh didapati dengan klik sini.